Sabtu, 10 Mei 2008

SIAPA SEBENARNYA YANG BERSALAH ?


Oleh: Mohd Hafidz Rizal

ROSAK…rosak…rosak inilah tiga perkataan yang dapat oleh penulis simpulkan setelah pulang bercuti selama sebulan di tanah air yang kita cintai semua iaitu Malaysia, dalam jangka waktu sebulan saya dapat melihat bagaimana kehidupan seharian anak-anak muda-mudi yang semakin membimbangkan saya sebagai rakyat Malaysia, tanggal 31 ogos 1957 adalah tanggal yang cukup keramat bagi mereka yang berwarganegara Malaysia, kerena pada setiap tahun bersamaan dengan tanggal ini kita semua akan menyambut hari kemerdeaan, pejuang-pejuang menuntut kemeredekaan antaranya Dato’ onn jaafar,Tun Abd Rahman Al-haj, Dr burhanuddin al-helmi dan ramai lagi yang tidak sempat saya sebutkan,mereka ini adalah golongan perintis yang cukup memahami erti kemerdekaan, merdeka ertinya membebaskan diri masing-masing jiwa yang merdeka daripada penjajah, bebas pula memberi erti bahawa kita semua mesti menjauhkan diri kita masing-masing dari pemikiran penjajah, budaya penjajah,cara hidup seharian penjajah dan cara mentadbir sesebuah Negara, apa yang saya ingin sampaikan dari sejarah kemerdekaan ini adalah mengenai cara hidup penjajah yang telahpun meresapi kehidupan seharian anak-anak muda-mudi kita hari ini, walaupun mereka sudah selesai menjajah kita tetapi dengan datangnya kecanggihan teknologi maklumat pada abad ini menyebabkan kita semua sedar ataupun tidakm, bahawa diri muda-mudi sekarang telahpun dijajah kembali, kenapa saya menyebut diri muda-mudi sekarang telahpun dijajah kembali? pasti saya telah bersedia untuk menjawabnya, kerana dalam jangka waktu sebulan saya pulang untuk bercuti saya dapat melihat cara hidup mereka, pemikiran mereka, pakaian mereka dan idola-idola mereka adalah semuanya dari Negara penjajah kita dulu, teknologi maklumat yang kita banggakan pada hari ini dengan begitu mudahnya untuk mencari pelbagai informasi yang tidak membataskan kita, yang tidak memerlukan pasport, masa yang lama, wang yang banyak maka semua akan memperolehi berita-berita terkini di dalam dan luar Negara, tetapi dengan hadirnya teknologi pada hari ini khususnya INTERNET maka saya dapat simpulkan beberapa kebaikan dan ada keburukannya yang harus kita bahas bersama , kebaikannya adalah seperti yang saya terangkan diatas yaitu kita akan memperoleh informasi, artikel- artikel, tulisan-tulisna orang bijak pandai di luar Negara sana dengan cukup mudah dan keburukannya adalah muda-mudi pada hari ini dengan begitu mudah dapat menemukan gambar-gambar lucah, aksi-aksi porno, cara berpakaian ala masa kini dan banyak lagi , dan menyedihkan lagi ibu bapa zaman ini tidak terlalu tegas dan mengawasi setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka diluar rumah sana, dan ibu bapa juga tidak memerhatikan secara khusus apa-apa saja perubahan yang ketara pada anak-anak mereka, adakah anak-anak mereka membawa budaya-budaya yang baik atau budaya-budaya yang buruk ke dalam rumah mereka, oleh kerana itu kalau kita mahu membandingkan masalah-masalah sosial yang terjadi dalam Negara kita hari ini cukup memalukan sebagai majority umat islam, Negara yang dipandang oleh Negara-negara luar sebagai Negara contoh yang mana Negara kita cukup terkenal dengan masyarakat yang mengamalkan islam yang sebenar, dahulu sebelum datangnya teknologi-teknologi yang ada pada hari ini, cukup jarang kita mendengar kes-kes yang pelik berlaku dalam Negara, tetapi hari ini masyarakat sudah terbiasa mendengar kes-kes rogol, rompak, dadah, mat rempit, wujudnya kumpulan yang menamakan kumpulan mereka atas nama black metal, untuk pengetahuan semua black metal telah jelas terkeluar dari landasan islam kerana meraka ini sanggup membakar al-quran, bersetubuh atas alquran….Masyallah inilah yang berlaku dalam Negara kita sekarang. belum lagi saya sebut manusia-manusia yang berhatikan iblis iaitu mereka yang sanggup membuang bayi hasil daripada hubungan diluar nikah, oleh yang demikian saya teringat kata-kata hikmah oleh seorang tokoh umat islam di Indonesia yaitu Bapak Kiai Haji Muhammad Natsir beliau ada menyebut “ semakin banyak gedung- gedung pencakar langit didalam sesebuah Negara, maka banyak jugalah kerusakan –kerusakan moral yang terjadi” baru-baru ini Mufti Perak Darul Ridhzuan Dato’ Harunssani telah melaporkan mulai tahun 1990 hingga kepada tahun 2005 orang melayu islam telahpun secara rasmi meisytiharkan diri mereka murtad dari agama islam sebanyak 250 000 !! mari kita mempertanyakan kembali dimana letaknya kebimbangan kita ? adakah kita boleh lagi untuk bersantai dengan angka yang cukup besar tadi ? ataupun kita kembali bertanya SIAPA SEBENARNYA YANG BERSALAH dalam masalah yang kita bahaskan ini? secara pribadi saya meletakkan ada beberapa pihak yang dapat menyelesaikan masalah-masalah yang terjadi diatas antaranya ibu bapa, guru-guru mereka disekolah, alim ulamak dan pihak kerajaan sendiri, Pertama sekali ibubapa mesti memainkan peranan mereka sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka,islam telah mengajarkan kepada semua ibu bapa cara-cara mendidik anak-anak denga betul kerana Nabi Muhammmah s.a.w ada bersabda “ Tiada dari anak-anak yang diperanakkan melainkan bersabit diatas agama islam,kemudian ibubapanya yang akan menarik anak-anaknya kepada agama yahudi,nasrani atau majusi” riwayat hadis oleh bukhari,muslim dan abi hurairah,ibubapa juga diberi wewenang oleh islam untuk merotan anak-anaknya yang sudah mencapai umur 7 tahun jikalau anak-anaknya enggan solat,jika semua ibubapa dapat mendidik anak-anak mereka dengan didikan islam yang sepenuhnya maka insyallah kita yakin akan kebenaran islam bahwa anak-anak kita semua akan menjadi penyeri dalam keluarga kita,secara pribadi saya sarankan untuk semua bakal-bakal ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian apabila sampai usia persekolahan mereka, hantarlah mereka ke sekolah-sekolah agama, kerana di sana mempunyai guru-guru yang berkelulusan syariah,usuluddin,pendidikan islam maka mereka-mereka ini akan banyak membantu ibubapa-ibubapa dalam pendidikan memahami agama islam, pada masa yang sama juga alim ulamak mesti berani untuk menegur masyarakat untuk mengamalkan islam dengan sepenuhnya, 12 rabiulawal baru-baru ini kita semua menyambut maulidur rasul yakni hari kelahiran Nabi Muhammas s.a.w,lahirnya rasulullah s.a.w adalah untuk memberi contoh kepada kita semua, baginda telah menunjukkan contoh yang begitu cantik bagaimana cara mendidik keluarga menjadi sakinah,mawaddah, warahmah , dari segi pendidikan pentadbiran Negara pula baginda mendiri pemerintahan yang adil, adil bukan sahaja kepada yang muslim tetapi kepada yang bukan islam juga,dari segi strategi untuk memerangi musuh baginda menunjukkan metode yang dapat mengelirukan lawan-lawan sehingga baginda di segani oleh kawan dan lawan .

Akhirulkalam saya tertarik dengan satu hadis yang harus kita renungi bersama, diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-yamani r.a berkata katanya; “ Manusia sering bertanya kepada rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik,tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan yang jahat kerana aku takut menimpa diriku,lalu aku bertanya : wahai rasulullah ! dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran) adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab : ya,tetapi terdapat kekurangan dan perselisihan.aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu ? rasulullah menjawab dengan bersabda: iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikutu selain dari jalanku,diantara mereka itu ada kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.aku bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu; rasulullah menjawab ya,ketika itu ada orang2 yang menyeru manusia ke neraka jahannam,sesiapa yang mengikutinya akan dicampakkan ke neraka,bertanya lagi sifatkan mereka ya rasulullah : baiklah; mereka adalah sebangsa dan sebahasa dengan kita” wassallam.

Khalifah Umar Abdul Aziz

Hukama’ mengatakan, “Dunia ini didukung oleh empat tiang; kebijaksanaan golongan cendekiawan, keadilan pemerintah, doa orang yang jujur dan kegagahan orang yang berani.” Pepatah ini sememangnya sangat tepat kerana hanya golongan cendekiawan yang bijaksana, pemerintah yang adil, orang jujur yang berdoa serta orang berani yang gagah sahaja dapat memakmurkan dan meneguhkan bumi ini. Selain itu, mereka inilah juga yang membentuk suasana sejahtera – bi’ah salihah/hasanah dalam sesebuah keluarga atau masyarakat.

Sifat-sifat mulia yang ada pada empat golongan ini dimiliki oleh pemimpin agung seperti Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz. Dengan keluhuran peribadinya itulah, Khalifah ‘Umar berjaya memadamkan pemberontakan kaum Khawarij yang sangat ekstrim selain peperangan antara suku yang berlaku sejak sebelum beliau memimpin negara. Khalifah ‘Umar telah berusaha mengadakan sesi dialog secara terbuka dengan kumpulan ini sehingga semua pihak berpuas hati.

Keperibadian Khalifah ‘Umar sendiri dipengaruhi oleh sifat serta akhlak luhur keturunan atau ahli keluarganya dan yang paling hampir ialah bapanya sendiri iaitu gabenor Mesir. Zaman pemerintahan ‘Abdul ‘Aziz merupakan zaman yang gemilang. Beliau telah membina alat pengukur air Sungai Nil dan sebuah jambatan di Teluk Amir al-Mu’minin. Begitu juga beliau berusaha membina semula dan meluaskan Masjid Jami’ `Amru. Manakala di kawasan kota pula dibangunkan kolam air, ditanam pohon-pohon kayu serta tamar dan didirikan masjid-masjid lalu dipindahkan pejabat-pejabat pemerintahan dan Baitulmal ke situ.

‘Abdul ‘Aziz merupakan seorang pemimpin contoh dan seorang yang dermawan. Beliau tidak pernah mengumpulkan kekayaan untuk dirinya sahaja walaupun daerah Mesir itu dapat dijadikan sumber kekayaan peribadinya. Menurut riwayat, beliau telah membelanjakan seluruh harta kekayaannya dan semasa meninggal dunia, ‘Abdul ‘Aziz hanya meninggalkan tujuh ribu dinar sahaja. Ini merupakan jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan kedudukan serta kekayaannya.

Khalifah ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz membesar dan dewasa di kota Madinah. Beliau meriwayatkan Hadith dan berguru dengan sekumpulan sahabat yang pakar dalam bidang tersebut. Antara mereka ialah Anas bin Malik (wafat pada tahun 90H.) – seorang guru yang pernah menjadi makmumnya ketika solat, `Abdullah ibn ‘Umar, bapa saudaranya (wafat pada tahun 74H.) dan ‘Abdullah ibn Ja`far ibn Abi Talib (wafat pada tahun 80H.).

‘Umar ibn ‘Abdil ‘Aziz dilantik menjadi khalifah setelah kemangkatan Khalifah Sulaiman ibn ‘Abdil Malik. Semua rakyat dan pembesar negara berkumpul di masjid. Seterusnya, surat wasiat khalifah pun dibuka lalu diumumkan nama ‘Umar ibn ‘Abdil ‘Aziz. Beliau benar-benar berasa terkejut lalu berkata, “Demi Allah! Ini sama sekali bukanlah permintaanku, sama ada secara rahsia mahupun terang-terangan.” ‘Umar segera menaiki mimbar dan berucap kepada hadirin :

“Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dibebani dengan tugas ini tanpa diminta pendapatku terlebih dahulu. Ini bukan juga atas permintaanku sendiri dan tidak pula berdasarkan musyawarah kaum Muslimin. Sesungguhnya aku kini membebaskan saudara-saudara sekalian daripada bai’at yang terletak di atas bahu saudara semua terhadap diriku. Pilihlah siapa yang kamu sukai untuk dirimu sekalian dengan bebas!”

Amalan demokrasi yang cuba dipraktikkan oleh ‘Umar ini sekali gus mengubah tradisi Bani Umayyah sejak zaman Mu`awiyah ibn Abi Sufyan. Walau bagaimanapun, orang ramai segera bersuara, “Kami telah memilih kamu, wahai Amir al-Mu’minin dan kami telah rela terhadap kamu. Perintahlah kami dengan baik.”

Akhirnya, apabila tiada lagi pencalonan lain yang dikemukakan oleh orang ramai, ‘Umar pun menyampaikan pidatonya. Antara lain katanya :
“Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah kerana taqwa kepada Allah itu adalah penting daripada segala-galanya. Tiada kemuliaan dan kehormatan yang dapat menggantikan ketaqwaan kepada Allah. Beramallah kamu untuk akhiratmu kerana sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah s.w.t. akan menjamin bahawa selesailah urusan kehidupan dunianya. Amalkanlah tingkah laku yang baik sewaktu kamu bersendirian, nescaya Allah akan menjadikan tingkah lakumu baik ketika kamu berada di kalangan orang awam.”

“Banyaklah mengingati mati dan sediakanlah bekalan menghadapinya sebelum ia datang menjemput kamu kerana ia boleh mencegah kamu daripada hidup berfoya-foya dengan kenikmatan. Sesiapa yang tidak mahu mengenang nenek moyang yang telah pergi terlebih dahulu sejak zamannya hingga Nabi Adam a.s., ia pasti akan mati dalam keadaan hina.”

“Ketahuilah! Bahawa tindakan mentaati makhluk dalam perkara maksiat terhadap Khalik adalah dilarang. Sesiapa yang mentaati Allah, wajiblah ia ditaati dan sesiapa yang mendurhakai Allah, maka ia tidak harus ditaati. Taatlah kamu kepadaku selagi aku taat kepada Allah. Jika aku mendurhakai Allah, maka kamu tidak lagi harus mentaatiku. Aku mengucapkan kata-kataku ini dan aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar untuk diriku sendiri dan untuk saudara-saudara sekalian.”

‘Umar ternyata terlalu bersedih dan gelisah dengan beban tanggungjawab yang dipikulnya sesudah dilantik menjadi Khalifah. Selesai menunaikan solat, beliau berdoa dan menangis. Kepada isterinya, diadukan bagaimana resahnya beliau mengenangkan beban untuk menguruskan umat Muhammad s.a.w. Katanya, “Aku terfikir tentang nasib orang fakir dan miskin yang kelaparan, orang sakit yang terlantar, orang yang tidak berpakaian, orang yang teraniaya, orang asing yang menjadi tawanan perang, orang tua, keluarga yang memiliki anak yang ramai tetapi hartanya sedikit dan orang lain seperti mereka yang terdapat diseluruh pelosok negeri. Aku mengenang bagaimana Tuhanku akan menanyakan dan memintaku bertanggungjawab ke atas mereka semua pada hari kiamat kelak. Aku takut jika aku tidak dapat memberikan keteranganku.”

Diceritakan bahawa selepas dilantik menjadi Khalifah dan ketika mahu berangkat pulang daripada urusan pemakaman Khalifah Sulaiman, ‘Umar diberikan berbagai-bagai jenis kenderaan khalifah. ‘Umar bertanya, “Apakah ini?” Jawab mereka, “Inilah kenderaan buat khalifah.” ‘Umar berkata, “Haiwanku lebih sesuai bagiku.” Kemudian beliau menjual semua kenderaan tersebut dan wangnya diserahkan kepada Baitul Mal. Begitu juga dengan perhiasan, permaidani dan pengalas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah yang baharu. Semuanya dijual oleh ‘Umar dan wangnya diserahkan kepada Baitul Mal.

Di samping itu, turut diceritakan bagaimana ‘Umar menghadapi masalah kewangan untuk menunaikan haji disebabkan harta kekayaannya telah diserahkan kepada negara untuk kepentingan umum. ‘Umar memberitahu pembantunya, Muzahim, “Aku ingin menunaikan ibadah haji. Adakah kamu mempunyai sesuatu?” Muzahim menjawab, “Ada lebih kurang sepuluh dinar cuma.” “Apakah yang dapat kulakukan dengannya?” ujar ‘Umar. Muzahim terdiam sejenak dan akhirnya berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, bersiaplah! Ssebanyak tujuh belas ribu dinar iaitu sebahagian daripada harta Bani Marwan telah diserahkan kepada kita.”

‘Umar menjawab, “Masukkanlah harta tersebut ke dalam Baitul Mal. Sekiranya ia datang daripada barang yang halal, maka kita telah mengambilnya sekadar keperluan kita dan jika ia datang daripada harta yang haram, maka cukuplah bagi kita apa yang menimpa diri kita.”

‘Umar juga melatih ahli keluarganya supaya turut zuhud sepertinya. Anak beliau sendiri memakai pakaian yang terlalu sederhana; meskipun bersih tetapi koyak, pada hari raya. Kebijaksanaan ‘Umar juga jelas terbukti dalam berinteraksi dan menyelesaikan pertikaian dengan penganut agama lain. Sebagai contoh, ‘Umar telah mengembalikan gereja yang diambil oleh khalifah sebelumnya dan diubah menjadi masjid. Kaum Nasrani yang memaklumi sifat adilnya telah memohon kepada ‘Umar supaya gereja tersebut dikembalikan kepada mereka.

Keadilan dan ketegasan ‘Umar dalam pemerintahannya benar-benar menjadikan rakyatnya hidup aman dan kaya. Yahya ibn Sa’id pernah meriwayatkan, ‘Umar ibn `Abdil Aziz telah mengutusku ke Afrika Utara untuk membahagi-bahagikan zakat penduduk di sana. Aku pun melaksanakan perintah tersebut. Aku mencari golongan fakir miskin untuk kuberikan zakat itu kepada mereka. Akan tetapi ,kami tidak menemui seorang pun dan tiada pula orang yang mahu menerimanya. ‘Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya. Akhirnya, kubeli beberapa orang hamba dengan harta zakat itu lalu kumerdekakan.”

Khalifah yang demikian salih, adil dan menepati ciri pemimpin sejati yang dikasihi Allah, akhirnya wafat kerana diracuni makanannya. Anehnya ‘Umar yang sememangnya mengetahui ketika, di mana dan siapa yang meracuninya itu tidak pula menghukum orang tersebut. Inilah kelebihan firasat orang yang beriman. Menyentuh tentang firasat ini, Rasulullah pernah bersabda, “Takutilah olehmu firasat Mukminin kerana mereka memandang dengan nur Allah.” Beliau hanya memanggil orang tersebut dan bertanya berapakah harga ia diupah untuk meracuni beliau. Wang seribu dinar itu dimintanya bukan untuk mengubati bisa racun tersebut tetapi diberikan kepada Baitul Mal untuk kepentingan umat Islam.

Keimanan dan sifat zuhud ‘Umar sememangnya cukup menakjubkan. Daripada kehidupan yang sedemikian mewah sebelum menjadi khalifah, beliau sanggup meninggalkan semuanya, semata-mata kerana takutkan azab Allah sekiranya beliau cuai menjalankan amanah. Ketika meninggal dunia, harta beliau hanya tinggal tujuh belas dinar sahaja. Ia dibahagi-bahagikan untuk penyelenggaraan pemakamannya iaitu lima dinar untuk kain kafan, dua dinar untuk tanah perkuburannya dan baki sepuluh dinar itulah yang dibahagi-bahagikan untuk sebelas orang anaknya.

Sebagai seorang hamba yang dikasihi Allah, ketinggian darjatnya ditunjukkan oleh Allah untuk dijadikan panduan oleh manusia lainnya. Demikianlah kehebatan seorang manusia agung, seorang hamba Allah yang memperoleh nikmat syurga, hasil keimanan yang kudus hanya kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita dapat berusaha mencontohi akhlak mulianya.

Jumat, 09 Mei 2008

manual cinta haraki

Tidak mudah untuk menulis tentang cinta dan rumahtangga orang agama. Bukan semestinya orang agama itu ustaz atau ustazah. Tetapi sesiapa sahaja yang menganggap perkahwinan mereka bakal dan sedang terbina di atas dasar “fadzfar bi dzaatid-deen, taribat yadaak“.
Buku AKU TERIMA NIKAHNYA, yang saya tulis dengan maksud mahu menghuraikan hal rumahtangga menurut Islam dalam bahasa cerita, praktikal, normal dan tiada yang luar biasa, mungkin agak susah hendak mencapai maksudnya. Maklum sahaja, tajuk buku itu sudah menimbulkan pelbagai reaksi dan sangka, tambahan pula dengan chain of love yang menghias muka depannya.
“Ustaz Hasrizal ni dah buat tebiat apa? Dalam banyak-banyak urusan umat yang begitu kritikal, sempat pula dia menulis buku cinta(n)!”, simpul seorang pemerhati jarak jauh.
Jika ditanya mengapa saya memfokuskan penulisan banyak kepada isu kekeluargaan, keibubapaan dan hal-hal yang diistilahkan sebagai domestic affair ini, jujurnya saya pun tidak tahu mengapa. Tulisan saya ialah jelmaan daripada apa yang banyak menghantui fikiran saya kerana saya menulis sebagai reaksi kepada perkara-perkara yang datang kepada kehidupan saya.
Nyatanya, hal-hal berkaitan dengan rumahtanggalah yang paling banyak menimbulkan persoalan dan kerungsingan di fikiran saya. Ia berkait dengan apa yang saya fikirkan tentang rumahtangga sendiri, juga akibat permintaan-permintaan mereka yang datang kepada saya meminta pandangan dalam hal berkaitan rumahtangga.
TERLEBIH DEDAH
Dari satu sudut, hal ini telah menyusahkan hidup diri saya. Pendedahan yang terlalu banyak kepada masalah-masalah rumahtangga orang lain, telah menyebabkan fikiran dan cara saya melayari rumahtangga juga terkesan.
jas-wed.jpg
Antara majlis pernikahan yang pernah saya kendalikan di Belfast
Semenjak bertugas sebagai Minister of Religion di Belfast pada usia 26 tahun, saya sudah memikul tanggungjawab menjadi qadhi untuk menikahkan pasangan yang mahu berkahwin di kawasan Ireland Utara. Selain itu, saya juga terpaksa turun ke medan, menyelesaikan hal-hal rumahtangga pasangan yang berkonflik, sedangkan saya baru sahaja beberapa bulan berumahtangga, manakala mereka itu sudah beranak teruna dan dara.
Ada mangsa dera, ada yang dikahwini suami hanya kerana suami mahu mendapatkan kerakyatan Britain, ada yang menjadikan kahwin dan cerai sebagai hobi dan ada yang mengahwini seorang lelaki Kristian lalu meminta saya datang ke gereja untuk ‘memberkati’ perkahwinan itu!
Semua itu membingungkan.
Campur tangan saya dalam hal rumahtangga orang lain menjadi lebih kritikal apabila pulang ke Malaysia. Seolah-olah saya ini ‘doktor cinta’, banyak sekali aduan dibuat oleh sang isteri, malah suami, terhadap masalah rumahtangga mereka. Segala-galanya menjadi timbunan keresahan diri saya, dan ia memuncak apabila saya menyaksikan kemusnahan rumahtangga pendukung gerakan Islam, rumahtangga ustaz dan ustazah, serta rumahtangga doktor di sekitar catatan harian dari semasa ke semasa dalam hidup saya!
Demi menyusun fikiran sendiri terhadap peranan, cabaran, tanggungjawab dan segala aspek diri saya di dalam rumahtangga, saya mula sedikit demi sedikit menulis tentang cinta dan rumahtangga. Akhirnya terhasillah sebuah buku bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA.
Buku itu adalah usaha kecil saya untuk mencegah mereka yang mahu bercinta secara Islam daripada memperolok-olokkan agama dengan penafsiran karut marut yang ada di dalam kefahaman kebanyakan kita. Agama ‘mengkartunkan’ manusia.
BATAS PERGAULAN
Misalnya di dalam perihal menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, saya tidak betah melihat ia dilaksanakan dalam bentuk yang menjadikan agama sebagai bahan senda.
Melihat lelaki dan perempuan berjalan tunduk hingga melanggar tiang koridor, menyaksikan sepasang ahli dakwah ber’sms’ pada jam 4 pagi dengan alasan mengajak Qiamullail (konon), hinggalah kepada terjebaknya anak muda yang hafiz dan hafizah di dalam kancah zina… semuanya menggerunkan, dan ia banyak berlaku apabila agama cuba diamalkan dalam bentuk yang tidak kena dengan kemanusiaan manusia.
Oleh yang demikian, buku AKU TERIMA NIKAHNYA adalah buku panduan bercinta menurut Islam bagi mereka yang membacanya dengan tanggapan umum, manakala ia adalah manual Bait Muslim bagi mereka yang biasa dengan tarbiyah, gerakan Islam dan dakwah.
Tetapi buku tersebut belum cukup tajam dalam menanggapi realiti sebenar yang ada.
Ya, memang perbincangan saya bersama penerbit telah membawa kepada persetujuan untuk mengawal ketebalan buku tersebut agar harganya berada dalam lingkungan kemampuan pembeli yang disasarkan.
Namun, realiti dunia rumahtangga masih luas dan penuh liku. Kerana itu saya membayangkan yang saya perlu menulis sebuah lagi buku. Dan disebabkan oleh sasarannya ialah pada membedah masalah rumahtangga pendakwah, maka saya perlu menamakan buku itu dengan sesuatu yang macho seperti “MANUAL CINTA HARAKI”. Tentu sahaja buku ini harus nampak garang, duduk dalam genre jihad fisabilillah, supaya pembaca sasaran saya tidak tersipu-sipu membelinya sebagaimana respond mereka kepada buku AKU TERIMA NIKAHNYA ini. Supaya lelaki yang tebal egonya tidak rasa ‘terhina’ menjamah buku berkaitan cinta!
MANUAL CINTA HARAKI lebih susah untuk ditulis kerana ia cuba mencari jawapan kepada punca krisis yang berlaku di dalam rumahtangga yang sudah pun dibina di atas dasar agama. Jika sudah berumahtangga mengikut lunas-lunas Islam, apa lagi yang tidak kena hingga pelbagai insiden ngeri berlaku?
Saya sedang berusaha mencantumkan satu demi satu kes ini sebagai kepingan puzzle yang membingungkan, dengan harapan akan terserlah gambaran besarnya. Ia mungkin akan menjadi satu tanda soal gergasi kepada gerakan Islam seperti PAS, JIM, ABIM atau TABLIGH… apa yang tidak kena dengan manual tarbiyah masing-masing hingga segala kes-kes pelik ini muncul selepas perkahwinan sefikrah, seperjuangan dan sejemaah itu mencecah usia 10 tahun?
Di manakah silapnya?
Apa lagi yang tidak kena?
Ia mungkin menjadi suatu tamparan kepada cara gerakan Islam mengendalikan aspek berumahtangga ahlinya. Ia harus menyemak kembali sama ada mahu berperanan memberikan fasilitasi dan galakan, atau mahu berperanan mengatur malah ‘cuba mendesak secara halus’? Jika selama ini kaedah yang diguna pakai dilaksanakan tanpa memikirkan keberkesanan malah kesan jangka panjangnya, maka sudah tiba masanya untuk hal ini dihalusi semula.
Saya tidak mahu persoalan ini dijawab secara sambil lewa, beretorik, atau dengan kelakuan denial yang tidak bertempat kerana harganya terlalu mahal. Sudahlah berpolitik mahu beretorik, dalam rumahtangga pun sama juga? Sedangkan ia adalah kehancuran sebuah Bait Muslim yang merupakan step kedua selepas individu Muslim, sebelum menuju masyarakat Islam, negara Islam, dan dunia Islam yang diimpikan semua.
AMBIL MUDAH
Kadang-kadang saya pun naik angin. Apabila isu rumahtangga amilin dan amilat ini mahu diperkatakan, cepat benar melompatnya kepada isu-isu yang sudah menjadi klise seperti isu POLIGAMI.
Baru sahaja saya memberi muqaddimah tentang latar belakang kes yang sedang mahu diperkatakan, muncul pula permintaan supaya saya memperkatakan tentang poligami, malah cuba pula bertanyakan isteri saya, “tidak inginkah payung emas yang dijanjikan itu?” Materialistik benar tanggapan sedemikian!
Ini adalah sikap buruk, apabila kita secara mudah menganggap poligami sebagai penyelesaian yang Islamik kepada semua masalah rumahtangga Bait Muslim.
Pada kefahaman saya, kedua-dua poligami dan talak, adalah peruntukan yang disediakan oleh Allah untuk manusia menjalankan tanggungjawab mereka menegakkan keadilan, serta mencegah kezaliman. Poligami adalah simpang ke sana, manakala penceraian pula adalah simpang ke sebelah sini, tetapi kedua-duanya bermaksud yang sama… menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman.
Tetapi, apabila option berpoligami ada di kepala seorang lelaki, ia boleh menyebabkan dirinya tidak serius berusaha menyelesaikan masalah rumahtangga yang sedang dihadapi. Sebab apa? Sebab adalah pilihan lain. Jika yang satu ini tidak kena, mengapa harus bersusah payah memeningkan kepala. Cari sahaja yang kedua.
Sebab itulah kajian menunjukkan, kebanyakan lelaki yang berpoligami ini akan mencari isteri keduanya yang sangat kontras dengan isteri pertama. Jika isteri pertama itu seorang yang pendiam, lemah lembut, jenis suka berkurung di rumah, maka lazimnya isteri kedua itu akan outspoken, agresif dan petah berkata-kata, tegas berani dan aktif dengan aktiviti luar. Ini adalah hasil kajian yang saya baca daripada sebuah buku yang sangat baik dalam memperkatakan tentang hal ini iaitu Psikologi Asuhan Keluarga (3 jilid) oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, sifoo PTS Publication.
psikologi-asuhan.GIF
Malah bab terakhir di dalam buku ini ialah MENGHALANG POLIGAMI.
Apabila perempuan berkerjaya dan mampu menampung keperluan hidupnya sendiri, dia juga tanpa sedar berfikir dengan cara yang sama dengan suami. Mahu segera membuang suami, menggantikan dengan yang lain atau kembali bebas! Mereka segera mencari pasangan alternatif, sedangkan usaha sepatutnya dilakukan secara optimum untuk menyelesaikan masalah dengan pasangan sedia ada. Jangan pula poligami atau menduakan suami menambah serta menggandakan masalah.
Mana tahu, suami menyalahkan isteri sebagai punca masalah, sedangkan dia itu yang menjadi pemula segala-galanya. Suami marah isteri gagal melahirkan anak lelaki, sedangkan punca isteri melahirkan anak perempuan ialah ‘peranan’ suami dalam pengagihan kromosom X dan Y mereka! Lantas tanpa berusaha bersungguh-sungguh, mudah sahaja berpindah kepada pilihan poligami. Lalu dia membawa masalah kepada rumahtangga barunya, kerana bukan isteri pertamanya yang bermasalah, bahkan dirinya sendiri.
Dalam keharusan poligami dan talaq, ini adalah sebahagian daripada sisi negatif yang boleh berlaku jika ia dipraktikkan dengan garis panduan yang salah. Tidak bersunggung-sungguh menyelesaikan masalah sebelum poligami atau talaq dipilih.
Kerana itu, saya bermohon kepada Allah untuk mengukuhkan upaya diri dalam merangka perbicaraan berkenaan MANUAL CINTA HARAKI kerana sukar sekali Dunia, Negara dan Masyarakat Islam mahu dibentuk di atas runtuhan Bait Muslim akibat cinta haraki yang tidak bermanual.
56000 Kuala Lumpur
ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih